|
unggun api kami akhirnya berjaya dinyalakan. |
setelah mendapat tempat baru. kami berempat mula membuat krje msng2. ada yang cari kayu api, ada yang pasang khemah. tapi kali ini kami berhati2 sebab teringat2 peristiwa ditempat lama.(disengat tebuan tanah). jadi, dalam ketakutan kami cuba untuk menyiapkan juga krje2 itu. lagipun da nk maghrib time tu. tapiiii, time tu takda urat pokok yang mampu untuk mengikat dan mendirikan khemah kami. jadi kami nekad untuk menanggalkan tali kasut msng2 untuk mengikat khemah kami. dah nama pun survival. ada juga yang pakai tali tag, senang kami menggunakan tali yang ada di anggota badan kami. selesai membuat khemah, kami mula membuat unggun api tapii time tu mancis tinggal 1 je. sebab 1 tadi kami telah cuba di tapak lama, dan 1 lagi tercicir. ntah ke mana, mgkn time kelam kabut(kecemasan sbb member disengat tebuan) mancis tadi terjatuh kot. jadi kami cuba menggunakan sebatang mancis tadi, tapii apa yng diharap x menjadi.mancis terakhir juga tak mampu menyalakan api kami. ahhh sudah, bergelap la kami. memang pening kepala time tu, mcm2 da terbayang kalau bergelap. jadi bagi menghilangkan kecelaruan kami beramai2 membersihkan kawasan sekeliling. jadi malam tu kami memang bergelap. tapi dalam kegelapan tu kami nampak kunang-kunang terbang merata bersama lampu di badannya. wau!! cantiknya. besarnya kebesaran ilahi. setelah beberapa lama bergelap barulah ada fasi yang datang untuk membantu kami membuat unggun api. fuhhh, lega. memang bersyukur time tu. barulah tahu betapa susahnya bergelap. jadi setelah unggun api hidup hasil bantuan encik dan cik fasi barulah lega seleganya hati kami semua. jadi tugas kami ialah menjaga unggun api tersebut dan memasak. terbnyata api adalah segalanya time tu.
selepas tu, kami membahagi tugas untuk membuat sentri. jadi tukar2 la la tido.
keesokannya, suboh2 lagi kami mencari kayu api dan kayu untuk membuat pagar. malam kami tak berani kluar mencari kayu sebab en fasi dan lecture kami menyuroh untuk menjaga safety, safety, safety. tak lama lepas tu en.Shariman dan encik fasi yang lain datang untuk check perkembangan dan tengok apa yng kami buat sepanjang semalaman di survival kami tu.smua nampak ok, cuma en shariman kata api kami agak kecil. lebih kurang pukul 3, encik fasi datang ke tempat kami dan menyuroh kami mengemas untuk kembali ke camp site kami. sekian.
|
tapak survival kami. gambar hiasan |
|
tali kasut kami yang digunakan untuk mengikat. |
|
kunang-kunang yang menerangi kegelapan kami. |
|
parang yang digunakan untuk pembersihan tapak perkhemahan kami. |
No comments:
Post a Comment