Tuesday, March 29, 2011

praktikal abseiling

antara barang2 yang diperlukan ketika abseiling.
   setelah 3 mggu berehat dari camp outdoor recreation ritu, hari ini aku telah kembali dan menghadiri kelas outdoor seperti biasa, ari ni aku akan belajar dan diberi penerangan tentang abseiling. praktikal abseiling ini dikendalikan oleh En Ridzuan. menurut beliau, abseiling ini adalah aktiviti yang melibatkan talidan seseorang itu dalam keadaan yang sedang menurun dari sesuatu di tempat tinggi. sepanjang kelas itu, beliau bnyk memberi penerangan mengenai barangan abseiling, fungsi decesder, tali static dan dynamik, figure 8, harness, carabiner dan juga sling. beliau juga ada melantik beberapa orng dari kelas kami untuk dijadikan contoh dan memberi gambaran ketika abseiling itu berjalan. dari situ, aku dapat membayangkan apa yang patut dibuat dan juga yang tak patut dibuat nanti. aku juga dapat tahu mengenai betapa sensitifnya alat2 outdoor ini. sebab itulah, En Hisyam amat menitik beratkan penjagaan alatan outdoor ini. jadi amat gayat dan takut ketika membayangkan bagaimana keadaan aku ketika menuruni dan menjalani aktiviti abseiling ini iaitu dari tingkat 11 di Fakulti Kejuteraan. fuhh!! tinggi tu.
tali amat penting untuk abseiling.

carabiner yang amat sensitif.
tapi amat penting dalam abseiling.

harness yang digunakan untuk abseiling.

model ketika praktikal abseiling.        


                  

No comments:

Post a Comment