Tuesday, March 22, 2011

malam penutup & BBQ

mennunggu hidangan la tuuu!

malam ni adalah malam penutup bagi camp outdoor sr113. selesai solat maghrib, kami sibuk menyiapkan pentas, dan juga menyusun kerusi bagi melancarkan majlis. ada juga yang memasang P.A systems. lbih kurng jam 8.15 malam, majlis kami pun bermula. majlis penutup kami bergabung dengan senior kami iaitu degree outdoor recreation. majlis kami dimulakan dengan ucapan ketua untuk camp ni iaitu saudara fareed esmer. kemudiannya, diikuti ucapan oleh dekan kami merangkap penutup untuk camp kami ini. kemudiannya, seperti biasa setiap kumpulan diminta untuk membuat persembahan sempena malam penutup itu. ada yang buat lakonan, ada yang menyanyi dan juga persembahan dikir barat. selesai ucapan penutup oleh dekan kami, kami pun boleh menjamah makanan yang sudah siap dihidang. fuhh, sedappnye, berbagai lauk ada. dari buahan ke ayam bakar semuanya sedap belaka. jadi malam tu kami bnyk mengambil gmbr sesama rakan2 baru dari instedt, jengka dan shahputra. semoga titik perjumpaan kami tidak berakhir pada malam tu saja. aminn, sekian.
persembahan pada malam penutup.

ayam bakar menjadi hidangan istimewa kami pada malam penutup itu.




No comments:

Post a Comment