*sebelah petang selesai menjalani aktiviti camp craft *Selepas solat zuhur, kumpulan tasik Temenggor akan menjalani aktiviti survival.untuk pengetahuan, kumpulan kami adalah kumpulan yang pertama menjalani aktiviti survival ni. fuhhh, time tu perasaan saya berbelah bagi, seram ada, teruja ada. seram sebab tak pernah wat aktiviti nie. cuma tau sikit2 je. itupun time saya kesatria part one. sebelum bertolak k tapak survival, kami semua diminta berendam didalam tasik dulu. sebab takut ada sesiapa yang membawa peralatan lain selain yang ditetapkan. contohnya pengasah api, kertas dll. jadi bila direndam peralatan yang dibawa secara sembunyi telah pun basah. jadi, tiada guna jika kertas , pengasah api tadi basah. lebih kurng jam 5 ptg kami sampai ke tapak survival. nasib kami agak malang sebab time tu ujan mula turun. jadi mcm mana nk wat unggun api. jadi kami buat khemah dulu dalam keadaan ujan. ada yang buat khemah, ada yang bersihkan tapak survival kami, dan ada juga yang mencari kayu api. sedang asyik membuat krje masing2, tetiba "si penyengat" telah hinggap di pipi salah sorng kumpulan kami. time tu, memang terkrjut dan panik dengan ditambah ujan yang semakin lebat. jadi kami terus meniup wisel untuk memberitahu terjadi kecemasan. selang beberapa minit kemudian, sekali lagi kumpulan kami di sengat oleh 'si penyengat'. lalu, encik fasilitator menyuruh kami beredar dari tempat itu kerana mgkin haiwan itu tak suka tempat dia diganggu. ikuti kisah saya di part 2 survival setelah bertukar lokasi.
si penyengat. gambar hiasan |
No comments:
Post a Comment