Tuesday, March 29, 2011

baik pnye abseiling

memeriksa brng2.
   hari ini adalah hari yang amat mengghairahkan & menakutkan & seram. kenapa??? sebab arini aku dan rakan2 akan menjalani 1 aktiviti yang amat menakutkan serta mencabar iaitu abseiling di Fakulti Kejuteraan, Tingkat 11. fuhhh!! gayatnye. awal2 pagi lagi kteorng da bersiap serta membawa brng2 yang diperlukan ketika abseiling nanti. yang menariknya,,, pada mulanya kami dijangka menjalani aktiviti ini di kolam sajee, tapii kemudiaanya, kami terpaksa menjalani aktivti ini d Fakulti Kejuruteraan, tingkat 11. fuh!! time tu perasaan jgn ckp la, kencang sekencang2nya jantung. yela tinggi tu, tapii, itulah yang dinamakan pengalaman. pengalaman org tak boleh beli mesti kene feel sendiri. setelah sampai di atas sana bersama brng2, kami pun memeriksa dan mengira brng2 kami, supaya tidak ada kecurian nanti. setelah selesai, En Hisyam menyuruh kami bersiap sedia dengan memakai harness, helmet dan gloves. tapi sebelum itu, kami telah diberisedikit penerangan oleh En Hisyam sera bacaan doa supaya semua berjalan lancar. selesai je taklimat, kami pun terus menjalani aktiviti ini. aku antara 10 orang yang terawal. orng ke-6 kot. lau tak silap la. fuh!! dalam hati ini doa je bnyk2 walaupun cuak tapi wat2 tak cuak la. kihkih. setelah menjadi bilayer kepada Mohd Syazwan kini giliran aku pula turun. stelah diperiks oleh En Ridzuan dan En Mobin aku pun turun dari tingkat 9 tu. fuh nak melepaskan tgn dari pegangan tu cukup punye takut. tapii tiu normal la, aku tgk semua orng sana. setelah memberi report, aku pun turun, time tu dalam kepala ni " ish bila nak sampai ni" hihih. tapi stelah membuat apa yang disuruh tadi dengan melepaskan sedikit demi sedikit tali itu, akhirnya aku sampai juga ke bawah... yahooo! lega rasanya. kemidian aku terus naik semula ke atas untuk menolong rakan2 di atas... sekian. pengalaaman yang cukup puas bagi saya.

detik mencemaskan sebelum turun.
pandangan dari atas.
persiapan terakhir. sistem bilayer.

praktikal abseiling

antara barang2 yang diperlukan ketika abseiling.
   setelah 3 mggu berehat dari camp outdoor recreation ritu, hari ini aku telah kembali dan menghadiri kelas outdoor seperti biasa, ari ni aku akan belajar dan diberi penerangan tentang abseiling. praktikal abseiling ini dikendalikan oleh En Ridzuan. menurut beliau, abseiling ini adalah aktiviti yang melibatkan talidan seseorang itu dalam keadaan yang sedang menurun dari sesuatu di tempat tinggi. sepanjang kelas itu, beliau bnyk memberi penerangan mengenai barangan abseiling, fungsi decesder, tali static dan dynamik, figure 8, harness, carabiner dan juga sling. beliau juga ada melantik beberapa orng dari kelas kami untuk dijadikan contoh dan memberi gambaran ketika abseiling itu berjalan. dari situ, aku dapat membayangkan apa yang patut dibuat dan juga yang tak patut dibuat nanti. aku juga dapat tahu mengenai betapa sensitifnya alat2 outdoor ini. sebab itulah, En Hisyam amat menitik beratkan penjagaan alatan outdoor ini. jadi amat gayat dan takut ketika membayangkan bagaimana keadaan aku ketika menuruni dan menjalani aktiviti abseiling ini iaitu dari tingkat 11 di Fakulti Kejuteraan. fuhh!! tinggi tu.
tali amat penting untuk abseiling.

carabiner yang amat sensitif.
tapi amat penting dalam abseiling.

harness yang digunakan untuk abseiling.

model ketika praktikal abseiling.        


                  

Saturday, March 26, 2011

kerja pembersihan barang2

krje pembersihan sedang dijalankan
   hari ini adalah hari bagi kerja2 pembersihan barang2 kami setelah semiggu kami menggunakannya.         barang ini perlu dibersihkan sebelum sesi pemulangan barang di kolej kenanga. antara barang yang dibersihkan oleh kami ialah kayak, khemah, dan barang2 memasak seperti kuali. kami memulakan krje pembersihan pada awal pagi lagi, supaya krje ini siap dan dikeringkan sepenuhnya. ada yang membasuh khemah, ada juga yang membasuh kayak. kerja ini tak terasa sgt dilakukan kerana bilangan kami yang ramai dan juga pembahagian tugas yang membuatkan krje itu lagi tersusun. tepat pukul 12.45 tgh hari, kami tlah pun siap membersihakan segala barang2 kami termasuk proses pengeringan sekali. fuuh, lega rasanya bila semuanya selesai. best gak maen air time tu, maklumla semggu tak mandi. ada yang membasuh, ada juga yang menyidai barang yang telah dibasuh untuk proses pengeringan. kenpa wat macm ni?? ini kerana barang outdoor kami mestilah dijaga sebaiknya untuk keperluan junior2 nanti. selain itu, jika kita menjaga barng outdoor ini, nescaya mereka juga menjaga kita daripda perkara yang tidak diinginkan.
Add caption



Tuesday, March 22, 2011

malam penutup & BBQ

mennunggu hidangan la tuuu!

malam ni adalah malam penutup bagi camp outdoor sr113. selesai solat maghrib, kami sibuk menyiapkan pentas, dan juga menyusun kerusi bagi melancarkan majlis. ada juga yang memasang P.A systems. lbih kurng jam 8.15 malam, majlis kami pun bermula. majlis penutup kami bergabung dengan senior kami iaitu degree outdoor recreation. majlis kami dimulakan dengan ucapan ketua untuk camp ni iaitu saudara fareed esmer. kemudiannya, diikuti ucapan oleh dekan kami merangkap penutup untuk camp kami ini. kemudiannya, seperti biasa setiap kumpulan diminta untuk membuat persembahan sempena malam penutup itu. ada yang buat lakonan, ada yang menyanyi dan juga persembahan dikir barat. selesai ucapan penutup oleh dekan kami, kami pun boleh menjamah makanan yang sudah siap dihidang. fuhh, sedappnye, berbagai lauk ada. dari buahan ke ayam bakar semuanya sedap belaka. jadi malam tu kami bnyk mengambil gmbr sesama rakan2 baru dari instedt, jengka dan shahputra. semoga titik perjumpaan kami tidak berakhir pada malam tu saja. aminn, sekian.
persembahan pada malam penutup.

ayam bakar menjadi hidangan istimewa kami pada malam penutup itu.




Friday, March 18, 2011

7th day- berkemas

hari ini adalah hari terakhir aku dan rakan2 di tasik Chenderoh. jadi kami semua berkemas untuk meninggalkan tasik Chenderoh. jadi semua pserta baik laki dan perempuan mengemas dan membersihkan brng2 milik mereka dan juga membuka khemah pusat dan juga mengangkat alatan2 ke dalam lori. ada yang mengangkat kayak ada yang mengira pfd, ada yang membuka khemah. msng sibuk dengan mengemas. selesai shazlan mengira brng2 kami, kami pun memasukkan brng kami ke dalam lori. selesai memasukkan kesemua brng dalam lori, kami pun mengangkat beg msng2 dan berjalan kaki ke tepi jalan sebelum menaiki bas. 20 minit kemudian, bas kami pun sampai, jadi kami pun bertolak pulang ke shah alam.
sepanjang perjalanan tu, aku tdo je sepanjang hari, memebalas balik kepenatan selama 7 hari di Chenderoh. kenangan yang sukar dilupakan.
mengangkat kayak sebelum dibawa pulang. gmbr hiasan.
berkemas sebelum balik.
langkah2 terakhir di tasik chenderoh.
bye2 chenderoh.

Wednesday, March 16, 2011

malam terakhir

malam ni adalah malam terakhir, so kami mempunyai tugasan iaitu malam treasure hunt. malam tu, memang kami tak tdo. kami pnggl malam tu malam lemak manis. memang ngantuk time tu, tapi disebabkan team work kami wat juga tugasan tu. ada yang tertdo di akar2 pokok, ada yang tertdo time tgh duduk. perghhh, mcm2. penat sangat kot. hanya kaki je yang larat melangkah tapi mata da tak boleh buka.sampai ke pagi kami mencjalani aktiviti ini.kami mendapat barangan yang terakhir sekitar 8 pagi. tak dapat bayangkan time tu. barang terakhir tu merupakan hamper. terubat ckit dengan menjamah hamper tu. tambah lagi kongsi ramai2. mula2 aku pkir gak nape la wat sampai ke pagi ni. nak mendera ke ape?? rupanya, atas penjelasan en zainal dia nak semangat kita time berjage, mencari brng tanpa kenal penat tu dibawa semasa pembelajaran kita. dia yakin kita boleh berjaya lau kita mempraktikkan aktiviti ini. sekian, malam lemak manis dalam kenangan.
melapah hamper kami. Group Temenggor dalam kenangan.

Monday, March 14, 2011

6th day_ camp craft

hari ni meruakan hari ke-6. hari kedua last sbelum bertolak belik ke Shah Alam. aku dan group Tasik Temenggor arini buat aktiviti camp craft lagii. sepatutunya dalam jadual tu khidmat masyarakat tapii dek kerana group len blum abes wat aktiviti lagi, jadi tinggallah kami yang tinggal di camp site. kali ini group tasik Temenggor knr membersihkan seluruh tapak perkhemahan kami. sepanjang 1 hari kami menghabiskan mase dengan aktiviti camp craft nii, ada yang menyapu daun kering, ada yang kutip sampah, ada yang basuh tandas, ada yang memasak dan juga ada yang menyusun kasut disetiap khemah. aku, atan, dan azam telah ditugaskan untuk mengutip sampah ibawah kelolaan cik Fatin syafiqah. dari sekecil2 sampah hingga ke sebesarnya kami mengutip sampah. fuhh, penat tapi penat tu terubat sebab tak sabar nk blek esoknye, haha,. ptg tu, setelah siap segala tugas, kami telah mengadakan aktiviti bagi mengisi masa yang terluang. best gak time tu, asyik2 tergelak je. sedar tak sedar dah ptg time tu, dan group yang len un telah abes menjalani aktiviti msng2. jadi kami bersiap tuk aktiviti malam ni pulak iaitu post mortem dan treasure hunt.
adam, atan dan azam yang ditugaskan untuk mengutip sampah.
gambar hiasan.

Friday, March 11, 2011

kayaking/ chenderoh

sebelum berkayak, kami membuat water confident
masa: 2 ptg
part: 2
kumpulan: tasik temenggor
tepat jam 2, kami berkumpul sebelum memulakan aktiviti kayak. tapi sebelum berkayak kami dikehendaki membuat water confident. selesai water confident kami dikehendaki mencari pair untuk berkayak nanti, jadi psgn saya ketika tu ialah kak sue (shuhada. shah alam). tanpa membuang masa, en megat menyuruh kami mengmbil kayak msng2 dan trus membuat rafting di tengah tasik itu. setelah membuat rafting, kami terus memulakan aktiviti kayak, yang diketuai ketua kumpulan kami iaitu izzudin hannan. alhamdulillah saya mendapat kayak jenis sit on top jadi, tak susah la krje saya untuk mendayung. sampai di tengah2 tasik itu, en megat menyurih kami semua membuat cap size. yang menariknya, saya dan kak sue adlah pair yang 1 membuat cap size tu. pehh, bangga un ada. hehee. yelah jadi model. lepas itu, seluruh ahli kumpulan tasik temenggor juga membuat cap size. kami kemudian disuruh untuk menukar kayak, dan apalah nasib kami dapat kayak jenis slalom. memang susah nk kawal. mcm 2 cara kami buat untuk pastikan kayak itu bergerak lurus, tapii memang susah. kayak kami mcm menjahit. kejap kiri, kejap kanan, fuhh penat abis time tu. dah laaa, duk kedua blkng. tapii, dalam tidak larat tu, kami dapat juda sampai di pengkalan. memang lenguh seluruh badan time tu. fuhh, lega. tak tau apa nk ckp time da sampai di pengkalan time tu. hanya mampu tersenyum menandakan puasss. inilah pengalaman saya yang tak dapat dilupakan. seronok dalam keperitan.

rafting 
cap size di tngah tasik Chenderoh, seronok + seram .gmbr hiasan

Tuesday, March 8, 2011

5th day- kayaking

 masa: 8 pagi
Tempat: khemah pusat
kumpulan: Tasik Temenggor
Part: 1
hari ini, aku dan rakan2 akan menjalani aktiviti kayak. seronoknya. tapii, mcm biasa la kami diberi briefing terlebih dahulu mengenai kayak. time tu, encik fasi yang bertugas ialah en. Megat dan En. Fatin Syafiqah. dorng memberi pengenalan dhulu mengenai kayak, dan juga anatomy kayak. selepas tu, kami diberi latihan bagaimana berkayak dgan betul bersama pasangan msng2. selain itu juga, kami diajar bagaimana sign yang boleh dibuat semasa brkayak nanti. antaranya ialah sign untuk membuat rafting, sign balik ke pangkalan, sign kecemasan, dan juga sign berhenti. kisah dan pengalaman berkayak saya di part 2 nanti.

  

Monday, March 7, 2011

4th day- jungle trekking

sepanjang perjalanan kami.
          selesai menjalani aktiviti Malaysia Cergas dan sarapan pagi, kumpulan Tasik Temenggor akan menjalani  aktiviti jungle trekking. awal2 pagi lagi kami sudah diberi briefing dan sedikit taklimat mengenai bukit yang akan didaki. lepas itu, setiap kumpulan diberi parang dan boleh membawa beberapa botol air serta biskut untuk keperluan ketika mendaki nanti. kami juga mendapat mee hun sebanyak 3 bungkus. tapii, 1 mee hun adalah barang amanah kami kepada encik fasilitator. tepat jam 11 pagi kami bertolak ke tempat pendakian tersebut. tapiii, bkn naik kenderaan sebaliknya kami dikehendaki berenang untuk ke tempat pendakian tersebut. sepanjang perjalanan, banyak flora dan fauna yang baru kami jumpa sepanjang hidup ini. antaranya ialah bunga yang berwarna-warni, dan juga kumbang yang berwarna oren n putih. wow!! indahnya kebesarannya. sampai di satu tempat, kami melihat pemandangan  tapak perkhemahan kami dan juga kem plkn berhampiran dari atas. kelihatan juga rakan2 yang berkayak di tasik Chenderoh. setelah lebih sejam mendaki, kami telah pin sampai dipuncak dimana puncak itu terdapat batu segi tiga. perasaan ketika memang puas sangat2 dan tak tergambar dek kata2. setelah penat mendaki, kami diberi rehat sebelum turun semula ke tapak perkhemahan. kami memanfaatkan rehat itu dengan makan makanan yang disediakan. walaupun biskut kering, terasa nikmatnya. hehehe. tepat jam 3 kami bertolak pulang, tapii, yang peliknya turun rasa mcm sekejap je. mcm mana tu??? tapi itulah yang saya rasakan ketika itu. sekian...

biskut juga menjadi alas perut kami di atas sana.

bihun yang nejadi santapan kami stelah sampai di puncak.

bunga hutan yang kami temui sepanjang prjalanan kami. gambar hiasan.

Saturday, March 5, 2011

3rd day- camp carft lagii

salah satu ampain yang berjaya kami siapkan.
setelah balik dari aktiviti survival kami, kami sekali lagi  menjalani aktiviti camp carft. kami telah diberi kepada bberapa kumpulan. saya dan rakan- rakan kali ini mendapat tugasan untuk membuat ampaian kepada peserta laki dan juga chalet en. fasilitator. camp craft saya kali ini dibawah pengawasan en. Thaqeef. fasi kami. tanpa berlengah saya dan rakan2 mencari dan memotong buluh yang sesuai untuk dijadikan ampaian. selesai krje memotong, kami pun membuat ampain itu. kami diberi masa 45 minit untuk menyiapkan ampaian itu dan alhamdulillah ampaian itu berjaya disiapkan. antara barang yang diprlukan untuk membuat ampaian ini ialah parang, tali, dan buluh.  


buluh yang sesuai untuk dibuat ampaian.

Friday, March 4, 2011

nota survival

salah satu contoh jerat  binatang .
what is survival??
survival 'the will to live' "to outlive" "state of continuing life"
dalam istilah melayu pula, survival bermaksud "ikhtiar hidup". survival juga dedifnasikan sebagai keupayaan hidup atau keadaan sesuatu ntuk terus hidup. dalam konteks luar, ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dapat terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah yang harus diatasi melalui usaha2 yang mampu dilakukan oleh seseorang.

tindakan survival
S   size up the situation( surrounding, physical condition, equipment)
U   use all ypur senses, undue haste make waste
R   remember where you are
V   vanquish fear and panic
I     improvise
V   value living
A   act like a native
L   live by your wits, but for now, learn basic skill

prinsip2 survival
safety
effort                                          
self control
teamwork


air yang mengalir dui celah2 batu biasanya mengek=kuarkan bunyi, maka bergerak ke arah itu. air amt penting untuk mengelak dehidrisi.
alernatif mencari sumber air            
Sound- air yang mengalir di crelah betu mengeluarkan bunyi, maka bergerak ke arah bunyi itu.
Animal- jika sesuatu tempat itu terdapat bnyk binatang dan burung, terdapat punca air disitu.
Insects- kehadiran serannga seperti lalat, kumbang, lebah dan tebuan adalah tandanya terdapat punca air
Roots- kebanyakan akar kayu ada bnyk air tapi mestilah periksa dulu takut akar itu beracun
Rotan- rotan yang besar n panjang biasanya bnyk air
Periuk kera- mempunyai bahagian yang bertakung untuk takung air
Animalblood- boleh diminum kerana darah binatang mempunyai kira 83% kandungan air

keselamatan makanan

buah salak adalah satu contohyang selamat dimakan.
  1. bau                                              
  2. sapu
  3.  kunyah 
  4. telan 
  5. makan   
tumbuhan yang boleh dimakan
periuk kera sesuai untuk alternatif mencari air
  1. Buah- tampoi, salak, jambu air                                  
  2. daun- cempelai, paku, pegaga
  3. umbut-kabung, nibung, dan rebung
  4. ubi-ubi kayu
  5. kulat-kulat tahun, kulat susu pelanduk

Thursday, March 3, 2011

survival-2nd day (part 2)

unggun api kami akhirnya berjaya dinyalakan.
    setelah mendapat tempat baru. kami berempat mula membuat krje msng2. ada yang cari kayu api, ada yang pasang khemah. tapi kali ini kami berhati2 sebab teringat2 peristiwa ditempat lama.(disengat tebuan tanah). jadi, dalam ketakutan kami cuba untuk menyiapkan juga krje2 itu. lagipun da nk maghrib time tu. tapiiii, time tu takda urat pokok yang mampu untuk mengikat dan mendirikan khemah kami. jadi kami nekad untuk menanggalkan tali kasut msng2 untuk mengikat khemah kami. dah nama pun survival. ada juga yang pakai tali tag, senang kami menggunakan tali yang ada di  anggota badan kami. selesai membuat khemah, kami mula membuat unggun api tapii time tu mancis tinggal 1 je. sebab 1 tadi kami telah cuba di tapak lama, dan 1 lagi tercicir. ntah ke mana, mgkn time kelam kabut(kecemasan sbb member disengat tebuan) mancis tadi terjatuh kot. jadi kami cuba menggunakan sebatang mancis tadi, tapii apa yng diharap x menjadi.mancis terakhir juga tak mampu menyalakan api kami. ahhh sudah, bergelap la kami. memang pening kepala time tu, mcm2 da terbayang kalau bergelap. jadi bagi menghilangkan kecelaruan kami beramai2 membersihkan kawasan sekeliling. jadi malam tu kami memang bergelap. tapi dalam kegelapan tu kami nampak kunang-kunang terbang merata bersama lampu di badannya. wau!! cantiknya. besarnya kebesaran ilahi. setelah beberapa lama bergelap barulah ada fasi yang datang untuk membantu kami membuat unggun api. fuhhh, lega. memang bersyukur time tu. barulah tahu betapa susahnya bergelap. jadi setelah unggun api hidup hasil bantuan encik dan cik fasi barulah lega seleganya hati kami semua. jadi tugas kami ialah menjaga unggun api tersebut dan memasak. terbnyata api adalah segalanya time tu.
selepas tu, kami membahagi tugas untuk membuat sentri. jadi tukar2 la la tido.
keesokannya, suboh2 lagi kami mencari kayu api dan kayu untuk membuat pagar. malam kami tak berani kluar mencari kayu sebab en fasi dan lecture kami menyuroh untuk menjaga safety, safety, safety. tak lama lepas tu en.Shariman dan encik fasi yang lain datang untuk check perkembangan dan tengok apa yng kami buat sepanjang semalaman di survival kami tu.smua nampak ok, cuma en shariman kata api kami agak kecil. lebih kurang pukul 3, encik fasi datang ke tempat kami dan menyuroh kami mengemas untuk kembali ke camp site kami. sekian.                                        
tapak survival kami. gambar hiasan
tali kasut kami yang digunakan untuk mengikat.
kunang-kunang yang menerangi kegelapan kami.

parang yang digunakan untuk pembersihan tapak perkhemahan kami.

Wednesday, March 2, 2011

2nd day- survival

                                                                                   * H ke-2(part 1)
*sebelah petang selesai menjalani aktiviti camp craft *Selepas solat zuhur, kumpulan tasik Temenggor akan menjalani aktiviti                               survival.untuk pengetahuan, kumpulan kami adalah kumpulan yang pertama menjalani aktiviti survival ni. fuhhh, time tu perasaan saya berbelah bagi, seram ada, teruja ada. seram sebab tak pernah wat aktiviti nie. cuma tau sikit2 je. itupun time saya kesatria part one. sebelum bertolak k tapak survival, kami semua diminta berendam didalam tasik dulu. sebab takut ada sesiapa  yang membawa peralatan lain selain yang ditetapkan. contohnya pengasah api, kertas dll. jadi bila direndam peralatan yang dibawa secara sembunyi telah pun basah. jadi, tiada guna jika kertas , pengasah api tadi basah. lebih kurng jam 5 ptg kami sampai ke tapak survival. nasib kami agak malang sebab time tu ujan mula turun. jadi mcm mana nk wat unggun api. jadi kami buat khemah dulu dalam keadaan ujan. ada yang buat khemah, ada yang bersihkan tapak survival kami, dan ada juga yang mencari kayu api. sedang asyik membuat krje masing2, tetiba "si penyengat" telah hinggap di pipi salah sorng kumpulan kami. time tu, memang terkrjut dan panik dengan ditambah ujan yang semakin lebat. jadi kami terus meniup wisel untuk memberitahu terjadi kecemasan. selang beberapa minit kemudian, sekali lagi kumpulan kami di sengat oleh 'si penyengat'. lalu, encik fasilitator menyuruh kami beredar dari tempat itu kerana mgkin haiwan itu tak suka tempat dia diganggu. ikuti kisah saya di part 2 survival  setelah bertukar lokasi.
si penyengat. gambar hiasan